Saturday 21 September 2013

(^__^) Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.. Dah lama tak buka blog ni... dan dah lama gak x update sebarang info.. Sibuk dgn macam2 tugas dan baby baru!! Insyaallah akan buat kemaskinian yg tbaru.. C u soon....

Friday 2 December 2011

CARA MUDAH MENJAWAB OPERASI DARAB

Satu lagi cara MUDAH menjawab operasi darab..
SELAMAT MENCUBA!



TEKNIK MUDAH MENJAWAB OPERASI DARAB DAN BAHAGI (BAHASA INGGERIS)

Selalu murid kita menghadapi masalah untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi kerana LEMAH SIFIR. Saya telah menemui klip video yang boleh membantu guru dan murid untuk mengajar dan belajar operasi darab dengan MUDAH sekali.. Walaupun klip video ini dalam bahasa Inggeris, ia mudah difahami.. Cubalah tonton dan fahami.. Semoga MEMBANTU!! (^___^)

OPERASI DARAB BASE 10


OPERASI DARAB BASE 100


OPERASI BAHAGI YANG RUMIT

Wednesday 30 November 2011

Mari Memasak Kek bersama murid-murid!!! (^___^)

Resepi Kek Coklat Lembab ni mudah sangat!!! Sesuai diajarkan kepada murid PPKI
dalam pengajaran Kemahiran Hidup Berdikari malah boleh untuk pengajaran Matematik di bawah tajuk sukatan (cawan)... Cubalah!!  Sangat mudah dan tidak memerlukan jangka masa yang lama dan rumit...
Buat dengan anak-anak kita pun menyeronokkan!... Mudah tapi sedap!!

(A) Bahan Kek :
1 1/2 cwn - susu pekat
1 cwn       - minyak jagung mazolla
1 cwn       - serbuk koko
2 biji         - telur gred A / telur itik
1 cwn       - tepung gandum
1 sudu teh - serbuk penaik
1 sudu teh - soda bikarbonat
1 sudu teh - esen vanila
1 cwn       - air panas

(B) Coklat salut / toping :
1/2 cwn     - minyak masak
1 cawan     - susu pekat
1 cawan     - serbuk koko
 gula-gula / kacang badam hancur / coklat tabur untuk hiasan.  


A. Penyediaan Kek :
1. Masukkan satu persatu bahan-bahan (A) ke dalam blender / pembancuh kek dan pukul rata kecuali
    air panas.
2. Setelah sebati barulah masukkan air panas mendidih dan kacau rata lagi hingga sebati.
3. Tuang ke dalam loyang dan kukus / bakar selama 30-40 minit.

B. Penyediaan Toping :
1. Masukkan minyak ke dalam periuk sehingga panas sedikit.
2. Masukkan susu pekat dan koko perlahan-lahan ke dalam minyak dan kacau hingga sebati. Bila mendidih  
    matikan dan segera tuangkan ke atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu.
3. Taburkan gula-gula / kacang badam / coklat tabur sebagai hiasan.